MODUL LATIHAN PENSIJILAN KECEKAPAN PENGURUSAN BADAN AIR DARAT

Training Modules for Certification of Inland Water Body Management

LATARBELAKANG

Badan Air Darat (Inland Water Body) di Malaysia biasanya mengambilkira air sungai, tanah bencah atau wetlands, lombong dan juga tasik. Dengan pengalaman terkini dari segi pencemaran air, kekurangan air dan juga kesan tekanan kekurangan sumber air akibat perubahan iklim telah meningkatkan keperihatinan masyarakat dan pihak berkuasa mengenai keperluan kecekapan di dalam pengurusan sumber air.

Sudah sedia terdapat beberapa kursus bagi sumber air yang telah dilaksanakan oleh pelbagai agensi. Bagi program ini satu siri kursus bagi pengurusan sumber air darat telah disediakan dengan modul yang mudah diikuti. Kursus yang disusun, yang berkaitan dengan satu sama lain dan fokus kepada beberapa tajuk kemahiran adalah seperti senarai modul berikut:

MODUL A:
Water Safety and Coxswain
– Part 1, 2 and 3
MODUL 5D: Program Integrasi Awal (Modul A ubahsuai) – Part 5D
MODUL B: Navigation, Rescue and Skipper – Part 4 and 5
MODUL C: Basic Integrated Lake Basin Management – Part 6
MODUL D: Ecosystem Economics Assessments – Part 7
MODUL E: Integrated Lake Basin Management Plan – Part 8 and 9

Bagi seorang yang ingin pengikirafan sebagai Pengurus Tasik, adalah disarankan agar mengikuti kesemua modul yang disediakan dari Modul A hingga Modul E. Dengan menghadiri kursus itu, maka mereka sesuai dengan mendapat pengiktirafan sebagai seorang Pengurus Tasik dan Wetland (atau Badan Air Darat yang lain), yang berwibawa sehingga boleh menyediakan sebuah pelan pengurusan berkaitan ekosistem berkaitan yang praktikal.

Sijil bagi kesemua Latihan yang disediakan adalah dikeluarkan oleh pihak UTM Space dan pengendalian latihan di laksanakan dan di kawalselia oleh beberapa badan kepakaran yang berkaitan termasuk Marine Technology Centre, UTM, Water Safety Association, Persatuan Sukan Air Malaysia (PESUAM) dan juga Ecohydrology Malaysian Chapter (EMC). Dari segi kepakaran pengurusan badan air pula, nasihat dan tenaga pengajar dari pelbagai agensi berkaitan adalah disediakan untuk peserta mendapat seberapa banyak pengalaman. Antara agensi ialah dari pihak National Hydrology Institute Malaysia (NAHRIM), Perbadanan Putrajaya (Pengurusan Tasik dan Wetland secara menyeluruh) dan juga dari pihak beberapa universiti yang berkaitan.

PENDEKATAN LATIHAN

Pasukan pelatih adalah dari latarbelakang pelbagai bidang yang berkaitan dengan badan air. Modul Latihan ini di selaraskan dengan pelbagai aspek pengurusan dan keselamatan . Keistimewaan dan kepakaran adalah pendekatan berikut:

  1. Pengalaman dan amali (Experience and Practical)
  2. Keselamatan dan disiplin (Safety and discplines)
  3. Sikap dan Tanggongjawab (Attitude and Responsibilities)
  4. Peduli dan Kekitaan (Care and Sense of belonging)
  5. Niat dan matlamat yang betul (Correct intention and target)

Kesemua modul disediakan melalui proses syarahan di bilik kuliah, demonstrasi, latihan praktikal, latihan di air, lawatan, ‘role play’ dan lain-lain kaedah adalah dikendalikan oleh semua ahli yang mahir dan berpengalaman dalam bidang masing-masing seperti dalam bidang navigasi, semboyan, ekonomi ekosistem, keselamatan, enjin bot air, pengurusan tasik, penilaian ekosistem dan juga proses operasi penyelamatan. Proses penyediaan pelan pengurusan bagi badan air yang lebih praktikal dan bertepatan dengan badan air darat masing-masing adalah diberi penekanan dan fokus.

PROGRAM LATIHAN

Cadangan Program Latihan bermula dengan pengendalian bot atau Serang (Coxswain). Ia meliputi subjek yang nampaknya seperti di luar pengurusan badan air tetapi ia menjadi sesuatu yang terbaik dipelajari oleh semua mereka yang berkaitan dengan badan air darat seperti sungai, tasik atau wetland kerana ianya memasukkan subjek keselamatan air dan juga penyelamatan. Kemahiran ini juga memudahkan para penyelidik mengkaji keadaan sungai, lombong, tasik sebagainya dengan mengharungi badan air darat tersebut.

Ini penting dan sangat sesuai bagi semua pengurus badan air atau mereka yang mengikuti subjek air akan dapat pelajari dan dapat mengenalpasti dengan cepat proses pengenalan dan pengendalian bot. Mereka boleh pergi ke mana sahaja di dalam sungai, tasik atau wetland bagi tujuan penyeldidikan atau pemeriksaan dengan menggunakan bot dengan selamat. Subjek ini dengan sendirinya akan menimbulkan rasa jatidiri dan berani dengan air, membuatkan tanggungjawab terhadap nyawa dan keselamatan diri dan orang lain termasuk juga keselamatan asset dan kemudahan yang dikendalikan.

Pengurus atau siapa sahaja yang bertugas sekitar badan air akan berupaya untuk melaksanakan kerja penyelamatan dan keselamatan sekiranya mereka mengikut Latihan pengendalian bot.

Program latihan meneliti perkara berkaitan dengan navigasi, keselamatan dan penyelamatan kerana ianya adalah asas penting bagi membuatkan mereka tertarik dan berasa selamat bekerja berkaitan air. Modul A adalah berkaitan dengan pengendalian bot kecil seperti bot memancing, rekreasi, bot bersiar dan yang membawa kurang dari 20 orang penumpang. Bahagian Latihan ini adalah penting memandangkan bilangan pengguna badan air dalam kategori ini. Dan juga tiada mana-mana latihan yang sempurna untuk bidang ini. Modul B pula adalah untuk bot yang kapasitinya lebih besar bagi navigasi dalam badan air darat. Modul B adalah perlu bagi mereka yang mengendalikan lebih dari 20 orang penumpang dengan kapasiti bot yang sesuai dengannya.

Modul C adalah latihan atau kursus asas dalam pengenalan kepada subjek pengurusan tasik, wetland atau system ekologi yang sangat luas bidangnya dan mempunyai pelbagai variasi. Hidrologi, botani, tumbuhan, kualiti air, saliran air, hujan, algae, persempadanan Kawasan, jalan masuk, sains sosial, perkara ekologi dan juga banyak lagi yang berkaitan rapat dengan pengurusan badan air dan perlu diseliakan dengan sempurna.

Sebagai tujuan untuk memperkenalkan kefahaman mengenai perkara pengurusan badan air darat kepada mereka yang berminat, maka modul latihan ini disediakan. Modul C adalah sebagai pengenalan kepada terma yang berkaitan dengan pengurusan ekosistem kepada peserta dan hasil penting dari kursus ini adalah pemahaman yang jelas tentang aspek pengurusan ke atas badan air.

Keperluan kepada pengurusan yang lebih sempurna ke atas badan air seperti tasik, wetland atau sungai adalah selalu berkait rapat dengan kefahaman mengenai nilai atau manfaat badan air tersebut kepada kehidupan atau hal-ehwal ekonomi masyarakat sekitarnya. Penyelidikan dan kajian terkini telah memperkenalkan kepada para saintis dan jurutera tentang kaedah statistik dan sains bagi menganggarkan nilai perkhidmatan ekosistem kepada kehidupan manusia. Perkara ini di rangkumkan spesifik dalam modul D.

Modul E adalah modul yang akan menghubungkaitkan semua perkara bagi membolehkan seorang pengurus badan air meaplikasikan dalam bidang penyeliaan badan air tersebut. Ini bermakna semua penjawat dari mana-mana bidang seperti jurutera, ekologi, saintis sosial, pakar hutan dan sesiapa sahaja yang dirangkumi bidang pengurusan akan boleh merumus pelan Tindakan dalam tugasan penyeliaan mereka. Mereka juga akan dapat menguasai butir kepentingan dalam memahami subjek dari bidang lain yang perlu bagi membolehkan mereka menguruskan badan air darat dengan lebih baik dan berkesan.

TAHAP KEMAHIRAN MODUL DAN SIJIL

Apabila kursus telah dihadiri, peserta akan dapat sijil dalam bidang berikut:

  1. Serang (Coxswain) – Sijil Kompeten dan Kad Keahlian (Competency Certificate and ID card)
  2. Jurumudi (Skipper) – Sijil Pakar (Expert Certificate and ID card)
  3. Sijil Kompeten Pegawai Penyelia Badan Air Darat (Inland Water Body Executive Officer competency certificate)
  4. Sijil Kemahiran Pengurusan Badan Air Darat (Inland Water Body Management Skill Certificate)
  5. Sijil/Diploma Pengurusan Badan Air Darat (Certificate of Inland Water Body Management Plan)
MODUL TAJUK BAHAGIAN TAHAP KEMAHIRAN
A
Water Safety and Coxswain:
Part 1, 2 and 3
(MODUL 5D)
Coxswain (competency)
B Navigation, Rescue and Skipper: Part 4 and 5 Jurumudi (expert)
C Basic Integrated Lake Basin Management: Part 6 Inland Waterbody Assistant Manager (competency)
D Ecosystem Economics Assessments: Part 7 Kemahiran Pengurusan Badan Air Darat (Water body management skill)
E Integrated Lake Basin Management Plan: Part 8 and 9 Integrated Lake Basin Management Plan:

SOKONGAN KEPAKARAN DAN RAKAN KONGSI STRATEGI SERTA AGENSI

Kursus latihan kompetensi ini disertai oleh sekumpulan pakar dan individu berpengalaman dalam bidang masing. Kursus ini adalah untuk mempertajamkan kemahiran dan juga mencapai kepiawaian dari segi terma, tindak tanduk dan rasa tanggungjawab dalam bidang yang diceburi.

Dengan matlamat menuju ke Arah Pembangunan Profesional, rakan strategi yang bergabong antara lain adalah seperti berikut:

  • UTM Space
  • Ecohydrology Malaysia Chapter (EMC)
  • Pusat Teknologi Marin UTM (Marine Technology Centre (MTC- UTM))
  • National Water Research Institute of Malaysia (NAHRIM)
  • Perbadanan Putrajaya (PPj)
  • Persatuan Penyelamat Akuatik Malaysia (Malaysia Aquatic Rescue Association – MAQRA)
  • Persatuan Sukan Air Bermotor Malaysia (PESUAM)
  • Akademi Aquaputra Malaysia (AQUAPUTRA)
  • Eco Development Facilities (EDF)
  • Act Trail Travel

JANGKAAN DARI LATIHAN

Latihan dengan siri modul ini akan berupaya sesorang pegawai, pekerja, kakitangan atau penyelidik bagi mengendali bot kecil yang boleh membawa penumpang sehingga 20 pax yang digunakan dalam navigasi Badan Air Darat. Dari segi pengelaman dan ilmu yang boleh dijangka dapat diperolehi adalah seperti berikut:

1. Pengurusan secara am

  1. Pengendalian bot
  2. Keselamatan kendiri dan penumpang
  3. Penyelamatan
  4. Terma pengurusan badan air yang lengkap
  5. Semua pengenalan kepada tajuk yang berkaitan

2. Penilaian ekonomi ekosistem

  1. Pengenalan kepada fungsi dan nilai ekosistem
  2. Mengenali kaedah penilaian ekonomi
  3. Kaedah survei
  4. Pelaksanaan Analisa data nilai ekonomi

3. Penyediaan dan Pelaksanaan Pelan Pengurusan Ekosistem

  1. Mengenali proses yang perlu
  2. Penyediaan data yang dikehendaki
  3. Membuat penilaian asas kepada status ekosistem
  4. Menyediakan sasaran pengurusan
  5. Persediaan bagi Tindakan Pengurusan yang betul
  6. Jadual pengurusan dan jadual kerja

4. Dari segi kerjaya dan jati diri

  1. Latihan fokus kepada tanggungjawab kendiri
  2. Memberi kesedaran dalaman
  3. Membina sikap kepentingan bot dan badan air
  4. Menanam cara fikir pro-active dalam pengendalian bot
  5. Memahami kepentingan keselamatan pengguna dan asset.

PENYATAAN PENUTUP

Program yang disediakan adalah khas untuk mengisi keperluan bagi mensasarkan pengumpulan pengetahuan minimum yang tepat dalam pengendalian operasi bot dan juga pengurusan mana-mana badan air darat (in-land water body).

Tidak syak lagi pendekatan yang wajar dalam pengurusan badan air darat akan dicapai atau setelah direkabentuk suatu pelan pengurusan yang jelas. Maka inilah matlamat keseluruhan program latihan ini.

Pihak Institute Hydrologi Kebangsaan (NAHRIM) telahpun menyiapkan Garispanduan Penyediaan Pelan Pengurusan Lembangan Tasik (ILBMP). Ini adalah progres yang menggalakkan kerana ia dapat memberi tumpuan kepada memperbaiki arah tuju pengurusan badan air darat yang lebih baik, terutama dalam pengurusan tasik. Dengan perekaan kaedah memberi input dari pelbagai pakar dalam bidang yang berbeza ke dalam [pengisian latihan yang fokus ini, suatu progres sebenar dalam pengurusan perkhidmatan ecosistem yang mapan akan dapat dipastikan tercapai.