‘COXSWAIN’
Latihan Kecekapan Pengendalian Bot Badan Air Darat

TARIKH KURSUS : 4-9 Jun 2023 (Ahad hingga Jumaat)
LOKASI: Putrajaya

Latarbelakang Program

Badan air darat (inland water body) telah lama diiktiraf sebagai sumber utama air. Badan air berguna darat untuk pelbagai tujuan seperti air minuman. perjanaan kuasa elektrik, pengangkutan dan juga untuk kawalan banjir. Pengurusan Badan Air Darat secara bersepadu dapat memastikan keseimbangan dan penggunaan mapan. Dengan demikian banyak terma dasar kerja berkaitan seperti Pengurusan Lembangan Tasik Bersepadu, Pengurusan Tanah Lembap, Pengurusan Ekologi dan lain-lain yang telah digunakan sebagai rujukan  ke atas pengurusan badan air darat ini.

Untuk tujuan mencapai amalan pengurusan yang baik siri latihan ini diperkenalkan. Pengurusan Badan Air Darat (inland water body management) ini merangkumi bidang keselamatan navigasi hinggalah kepada pelan pengurusan air bersepadu (Modul A, B, C, D dan E) seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Siri Pensijilan Kecekapan yang disediakan

MODUL/ BHG. PERKARA SIJIL PERINGKAT
MODUL 5D (A Part 1, 2 and 3) Coxswain – Water safety and boat handling Coxswain (competency)
MODUL B Part 4 and 5 Skipper – Navigation, rescue and bigger boat handling Skipper (high competency)
MODUL C Part 6 Basic Integrated Lake Basin Management Assistant Manager Wetland/Tasik I (competency)
MODUL D Part 7 Ecosystem Economics Assessments Lake Manager Wetland/Tasik II (competency)
MODUL E Part 8 and 9 Integrated Lake Basin Management Plan Inland Waterbody Manager (High Competency)

Pensijilan ini merupakan sebahagian dari program ‘Capacity Building’ dari segi Pengurusan Badan Air Darat yang bersepadu

Siapa patut hadir?

Kursus Bahagian 1 dalam Modul A ini adalah satu dari 9 Bahagian dari 5 Modul siri latihan. Bahagian 1 ini disyorkan kepada mereka atau organisasi atau resort yang berkaitan dengan Badan Air Darat seperti sungai, tanah lembap dan tasik. Mereka yang berkenaan dengan aktiviti yang berkaitan dengan air samada di bandar maupun di kawasan pendalaman seperti penyelidik, jurutera, penggembara dan pengusaha pusat rekreasi atau resort dan mereka yang ingin mengetahui tentang cara pengendalian bot yang lebih selamat dan betul. Ini sangat penting untuk para pelancong dan tetamu yang menaiki bot dapat dikendalikan dengan baik dan selamat. Selain itu, orang ramai akan dapat menggunapakai kemahiran ini bagi membantu mangsa banjir atau seumpamanya.

Objektif Modul Latihan

Modul 5D ini akan membolehkan pengendali bot atau ahli professional lain yang berminat menambah kemahiran mereka dalam pengendalian dan cara yang selamat untuk menggunakan bot.

Untuk mencapai matlamat Latihan merangkumi perkara seperti berikut:

  • Meningkatkan pengetahuan dalam semua hal bot, asas enjin sangkut, peralatan dan prosedur pengendalian bot;
  • Keselamatan individu dan keselamatan bot;
  • Fokus kepada pengurusan bot dan kemudahan berkaitannya yang terbaik;
  • Meningkatkan pengetahuan dalam penhgenalan enjin bot kecil;
  • Peka kepada tanggungjawab penyelamatan;
  • Faham SOP dan disiplin penyeliaan bot
  • Tahu fungsi dan tanggungjawab yang dijangka dari seorang pengendali bot;
  • Sentiasa bersedia mengadapi kemungkinan
  • Penyeragaman budaya kendalian bot selamat

Faedah Sijil Kecekapan Kelayakan Mengendali Bot (Coxswain)

Kepada Agensi/organisasi

  1. Anggota yang cekap
  2. Tersusun, disiplin dan bersedia
  3. Memastikan keselamatan pengguna
  4. Mengurangkan risiko kemalangan
  5. Menjaga kebajikan anggota
  6. Asset terpelihara dengan lebih baik
  7. Mempamirkan kesiapsiagaan syarikat peka

Kepada Peserta:

  1. Budaya keselamatan dan menyelamat
  2. mendapat pendedahan umum berkaitan pengedalian bot Badan Air Darat
  3. Banyak gunanya sebab berkaitan dengan sungai, tanah lembap atau tasik dan juga ketika banjir.
  4. Latihan ini menjadi amalan keselamatan asas pengendalian bot.
  5. Manfaat keapada semua pengendali bot dari segi pengiktirafan pengalaman dan kemahiran yang unik ini.
  6. Budaya tanggungjawap kepada peralatan seperti enjin dan juga bot
  7. Membantu pihak yang menyelidik, mengurus dan memulihkan kawasan wetland, tasik, paya atau semua jenis badan air darat.
  8. Cekap dalam hal penyelamatan
  9. Memantapkan kerjaya
  10. Menjadi ahli kepada kumpulan yang dinamik

Pensijilan semua kursus ini juga akan merangsang kapasiti transformasi ilmu dan pembangunannya (Capacity Building). Ia juga akan memberi penekanan kepada penyediaan pelan pengurusan ekosistem yang diuruskan (e.g. tasik, takungan atau tanah lembap)

Program Latihan termasuk:

Hari 1-2 Hari 3-5
SEBAB KESELAMATAN – Pengurusan Tasik NAVIGASI 2 – Amali
ASAS SOKONGAN NYAWA – First aid Keselamatan dan Pengendalian Bot
PERSONAL SAFETY – renang dan menyelamat 1 Boat Mooring
KERJA PELANTAR (DECK WORK) – Tali temali ikatan PENYELAMATAN 2
Bahagian bot dan enjin bot asas Ujian mengikut thema
NAVIGASI 1 – Teori Ujian kecekapan kawalan
Tanggungjawab Penyelamat MAJLIS RASMI PENYAMPAIAN SIJIL
”Ke Arah Initiatif Pengurusan Mapan Lembangan Ekosistem Air Darat Bersepadu”

Tenaga pengajar dari pelbagai latarbelakang berkongsi pengalaman dan membolehkan mereka membimbing peserta mencapai matlamat kursus pendek ini.

Maklumat Pendaftaran

Yuran Latihan:

Pakej A – Latihan dan Makan Minum sahaja
RM2900/orang (1-2 orang)
RM2500/orang (3 orang ke atas)

Pakej B – Latihan, Makan Minum dan Hotel
RM3900/orang (1-2 orang)
RM3500/orang (3 orang ke atas)

Pembayaran boleh dibuat kepada akaun bank berikut:-
Nama Bank: Maybank
Nama Akaun: Eco Development Facilities Sdn. Bhd.
No Akaun: 562834503511

Bayaran boleh dibuat melalui online transfer/cek (kemukakan slip bayaran) atau untuk badan kerajaan bayaran boleh dibuat melalu LO Kerajaan.

Bayaran kad kredit tidak diterima. Pendaftaran akan diproses selepas pembayaran penuh dibuat 1 minggu sebelum menghadiri latihan/bengkel. Pembayaran yuran pendaftaran mesti dibuat dalam Ringgit Malaysia.

Sebarang pertanyaan dan butiran lanjut boleh hubungi:

Borang Pendaftaran